Lukisan Butiran
Penentuan yang diberikan dalam kontrak itu akan menerangkan segala butir lanjut mengenai sesuatu pekerja dalam pertukangan, dan ini adalah menyeluruh penggunaannya. Misal kata dalam kerja tukang konkrit, selalunya akan terdapat jenis-jenis bahan yang patut digunakan seperti simen, pasir, batu-batu kasar dan lain-lain. Dan nyatakan gred atau standard bahan-bahan tadi yang mana mestilah dari jenis yang baik sekali, mutu buatannya mengikut dasar ‘British standard and codes of practice’ ataupun yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.
Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred ‘B’ sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran kayu itu.